Sajak Arkitek Kota - Komsas Tingkatan 5
Maksud
Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab.
Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan
keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.
Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian
dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota
tersebut.
Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora
dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu
diperindah dengan landskap yang mempesona.
Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu
pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Tema
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.
Persoalan
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya
sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan
kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai

idea-idea baru yang bernas.
Bentuk
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab
Nada
Sinis
Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
Nilai
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama
di kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar.
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat
keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek. Kerasionalan penting dalam semua aspek.
Pengajaran
5. Nilai rasional dalam semua aspek. Kerasionalan penting dalam semua aspek.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang
pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan
kota.
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas
dan alternatif.

Latihan
1. Nyatakan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh perancang bandar dalam
1. Nyatakan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh perancang bandar dalam
merencanakan pelan sesebuah bandar. [2 markah]
2. Bagaimanakah cara untuk memastikan pembangunan di kawasan bandar tidak memusnahkan
alam sekitar?
Kemukakan tiga cadangan anda. [3 markah]
3. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
No comments:
Post a Comment